--> Skip to main content

#PMTepiKakGee; Dipaksa Onani sampai Serah Dara pada Kekasih, Malangnya Habis Madu Sepah Dibuang

SOALAN

Kak Gee, teman lelaki saya selalu mempergunakan saya untuk melepaskan nafsu dia. Disebabkan saya sayang dan dia janji nak kahwin dengan saya, sanggup saya bagi apa saja yang dia nak.

Sebenarnya saya tak tahan selalu diperlakukan macam ini. Dia paksa saya buat, dia ajak saya keluar tengok wayang, makan sama sama lepas tu dia akan ajak saya pergi tempat sunyi dan suruh saya melakukan onani.

Saya banyak kali nangis dan cakap taknak buat tapi dia selalu paksa dan dia kata kalau sayang dan nak kahwin dengan dia kena ikut apa yang dia cakap.

Dia jarang WhatsApp saya, dia akan buat bila dia nak melepaskan nafsu sahaja. Suatu hari dia update status keluar dengan perempuan lain, bila saya reply dia cepat cepat padam.

Rupanya dia ada perempuan lain tapi mempergunakan saya hanya untuk melepaskan nafsu dia semata , dia tinggalkan saya macam tu je. 

Yang Benar,GT

Kredit Foto: Berita Harian

JAWAPAN

Hi GT, Kak Gee baca cerita dan luahan anda ini bercampur baur. Kasihan, sedih, geram, marah semua ada.

Apapun, Kak Gee bersyukur kerana akhirnya dia telah melepaskan anda dari terus menjadi 'hamba seks'nya. Sekurang kurangnya, hidup anda tidak terseksa sekaligus mengumpul dosa hanya kerana sayangkan seorang lelaki.

Tahniah juga kalau anda betul betul telah berjaya menyelamatkan diri sendiri.

Cuma GT, untuk semua kesalahan yang telah anda lakukan bersama, Kak Gee harap anda benar benar menyesali dan bertaubat. Jangan pernah ulangi semua kesilapan yang telah anda lakukan sebelum ini.

Dan jadikan apa yang berlaku kepada anda sebelum ini sebagai sebuah pengajaran. Jika berkenalan dengan lelaki dan bercinta, pegang kata orang tua; berpada pada. Sebab pada akhirnya nanti anda yang merana.

Kak Gee doakan anda kuat dan jangan kembali ke pelukan bekas kekasih. Jika masih diganggu, tolonglah laporkan kepada polis. Bukan dendam, tetapi biar ia jadi pengajaran dan secara tak langsung anda mungkin dapat menyelamatkan perempuan lain daripada menjadi mangsa seterusnya.

Take care GT. Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang menjadi pendamping dan penjaga anda sebaik baiknya.

Itu kisah GT, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!