--> Skip to main content

Permohonan lanjut moratorium bermula 7 Ogos

KUALA LUMPUR: Permohonan lanjutan moratarium boleh dilakukan peminjam yang layak bermula 7 Ogos ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata moratarium yang dilaksanakan oleh kerajaan dijangka akan memanfaatkan seramai tiga juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan juga sudah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan sewajarnya.

"Justeru, peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini," katanya dalam Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar, hari ini.