Skip to main content

Pendapatan Lesnar paling tinggi di WWE

LOS ANGELES: Brock Lesnar kakal sebagai bintang WWE dibayar paling tinggi dengan pendapatannya dianggarkan berjumlah £9.3 juta pound (RM49.31 juta) tahun lalu.

Ahli gusti berusia 42 tahun itu menjadi tarikan gusti paling besar sejak kembali ke gelanggang pada 2012, mengumpul £375,000 (RM1.9 juta) untuk setiap perlawanan dan £75,000 pound (RM397,651) untuk jualan cenderamata.

Lesnar menandatangani perjanjian 12 bulan bersama syarikat Vince McMahon tahun lalu dan akan berlanjutan hingga musim panas ini tetapi hanya bersaing secara sambilan.

Juara WWE itu hanya bertarung sebanyak lapan kali pada 2019, tetapi gaji asasnya lebih tinggi daripada pesaing utama yang juga bintang Hollywood, John Cena yang mengumpul £6.6 juta pound (RM34.99 juta).

Menurut The Express, Roman Reigns yang juga ahli gusti beraksi dalam empat daripada lima WrestleMania di ranking ketiga dengan nilai £3.9 juta pound (RM20.68 juta).

Seterusnya Randy Orton dengan pendapatan berjumlah £3.5 juta pound (RM18.56 juta) diikuti AJ Styles dengan £2.7 juta pound (RM14.32 juta) dan Seth Rollins £2.3 juta pound (RM12.19 juta).

Kehadiran Ronda Rousey di WWE terus meletakkannya di tangga teratas kategori wanita.

Bagaimanapun bekas bintang UFC itu masih menerima pendapatan kurang daripada bintang lelaki dengan hanya mengumpul £1.2 juta pound (RM6.36 juta). - Agensi