--> Skip to main content

Neelofa Pelawa Orang Ramai Laksanakan Ibadah Korban

Neelofa Pelawa Orang Ramai Laksanakan Ibadah Korban Usahawan fesyen dan pengacara Neelofa membuka peluang kepada orang ramai untuk melaksanakan ibadah korban dengan mudah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha. Program perdana anjuran pertubuhan naungannya, Pertubuhan Kasih Neelofa, sambutan yang diterima sejak Qurban Kasih Neelofa Aidiladha dibuka kepada umum begitu menggalakkan. "Sejak diumumkan baru-baru ini, sambutan yang diterima daripada orang awam begitu memberansangkan.

 "Mungkin disebabkan norma baharu sempena PKPP ini yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha ini," kata Neelofa menerusi satu kenyataan. Menerusi program tersebut, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750.  Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir diuruskan sendiri oleh pihak pertubuhan. Sementara itu, Neelofa menambah, pihak pertubuhan akan menjalinkan kerjasama dengan pihak NGO dan swasta bagi merancakkan program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha berkenaan. "Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO dan bukan kerajaan lebih memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlukan di setiap negeri," katanya lagi. Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai 2020, seminggu sebelum ketibaan Hari Raya Haji. Sila hubungi 010-220 0851 atau e-mel kepada [email protected] untuk keterangan lanjut.