Skip to main content

Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, bersama rombongannya dihalang masuk ke laluan Istana Negeri, di sini, sebentar tadi.

Rombongan membabitkan lebih 10 kenderaan itu ditahan pihak polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana, kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Kenderaan yang dinaiki Tan Sri Musa Aman bersama rombongan dihalang memasuki laluan ke Istana Negeri. - Foto dan Juwan Riduan Kenderaan yang dinaiki Tan Sri Musa Aman bersama rombongan dihalang memasuki laluan ke Istana Negeri. - Foto dan Juwan Riduan

Beberapa individu dipercayai peguam kepada Musa, dilihat cuba berbincang dengan pihak polis yang membuat sekatan.

Bagaimanapun, setakat kira-kira jam 4.10 petang tadi, mereka masih belum dapat melepasi sekatan berkenaan.