Skip to main content

Messi ledak gol ke-700

MADRID: Lionel Messi meledak jaringan ke-700 sepanjang kariernya tetapi Barcelona sekali lagi berdepan ancaman untuk pemburuan gelaran La Liga selepas seri 2-2 berdepan Atletico Madrid pagi tadi.

Messi menyempurnakan penalti untuk satu lagi pencapaian baik di Camp Nou tetapi Atletico membalas dengan dua penalti yang disempurnakan Saul Niguez selepas Barca mendahului menerusi gol sendiri Diego Costa.

Keputusan itu memberikan peluang buat Real Madrid untuk mencipta jurang empat mata di persada liga jika mereka mengatasi Getafe di laman sendiri awal pagi esok, kelebihan selesa berbaki lima perlawanan.

Berdasarkan kelebihan antara mereka dengan Barca, ia memberikan Madrid peluang meraih trofi ketika tiada jaminan Barcelona boleh menamatkan musim dengan lebih baik.

Ini adalah keputusan seri ketiga dalam empat saingan yang menggambarkan sudah ada masalah antara pemain dan staf kejurulatihan yang pasti akan menyukarkan masa depan Quique Setien. - AFP

Penyerang Atletico Madrid, Diego Costa (tiga dari kiri) menyumbat gol sendiri ketika menentang Barcelona, awal pagi tadi. - Foto AFP Penyerang Atletico Madrid, Diego Costa (tiga dari kiri) menyumbat gol sendiri ketika menentang Barcelona, awal pagi tadi. - Foto AFP