--> Skip to main content

MENTERI HAL ELWAL AGAMA BERSUARA ISU TRANSGENDER: "TIDAK HANYA MAHU TANGKAP SEMATA-MATA..."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi laman Twitter telah tampil mengulas mengenai isu transgender yang kembali hangat diperkatakan kini. Kata Zulkifli, pihaknya memberikan lesen penuh kepada penguasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertindak.

"Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan," tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun, jelas Zulkifli pihaknya enggan menangkap individu yang dimaksudkan semata-mata sebaliknya memberikan pendidikan berhikmah kepada mereka: "Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan.⁣ Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama)," tambahnya.

Kecoh di media sosial apabila beberapa selebriti transgender tampil secara terbuka mendedahkan kehidupan peribadi kepada umum. Perkara itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna yang merasakan tindakan itu keterlaluan.

Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...