Skip to main content

Media Prima Digital kini dikenali sebagai REV Media Group

PETALING JAYA: Media Prima Digital dan REV Asia secara rasminya memperkenalkan nama baharunya, REV Media Group, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaan semula korporatnya untuk memperkemaskan lagi proses dan fungsi perniagaan.

Syarikat media digital itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata kumpulan itu akan berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama.

Katanya, visi dan misi baharu REV Media Group adalah untuk menjadi syarikat media sigital Malaysia #1

dari segi jangkauan, pengekalan dan pendapatan dan untuk mencapai matlamat berpusatkan pelanggan, kolaboratif dan telus.

"Dengan penjenamaan baharu ini, syarikat berharap dapat memberikan kejelasan dan sinergi yang lebih baik ketika ia terus memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggannya," katanya.

REV Media Group mewakili lebih daripada 30 jenama terunggul merangkumi pelbagai bahasa dan platform seperti SAYS, OHBULAN !, Viralcham, NST Online, My Metro, BH Online, Mashable SEA dan IGN SEA.

Rangkaiannya yang meluas menjangkaui lebih 15 juta orang setiap bulan, sekitar 75 peratus daripada jumlah populasi internet di Malaysia.

Media Prima Digital previously acquired REV Asia Holdings in 2017 to focus on the expansion in digital content and digital media platforms, strengthening Media Prima's position as Malaysia's leading digital publisher.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Rafiq Razali, berkata ia adalah pencapaian penting buat syarukat itu kerana secara rasmi ia menandakan penyatuan dua organisasi media digital utama.

"Saya percaya jenama baru ini akan mendorong kami lebih jauh dan membantu kumpulan mengukuhkan kedudukan kita sebagai peneraju penerbit digital di Malaysia," katanya.

Sementara itu Pengarah Operasi Perniagaannya, Sam Wee, berkata pihaknya amat teruja untuk bekerja rapat dengan semua orang di REV Media Group sekarang kerana mempunyai matlamat dan visi yang sama.

"Saya yakin yang transformasi ini akan membolehkan kumpulan untuk berkembang secara eksponensial sebagai satu pasukan," katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai REV Media Group, boleh layari ke www.revmedia.my.