Skip to main content

Media Kopites Malaysia rai kejayaan Liverpool

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam satu majlis, di sini, semalam.

Majlis itu dimulakan dengan ucapan daripada presiden kelab yang juga Ketua Integrasi, Komersial dan Multimedia The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal

Selain itu, majlis turut diserikan dengan beberapa acara lain termasuk cabutan bertuah dan perkongsian gambar kenangan ahli kelab yang berkaitan dengan pasukan The Reds.

Majlis itu turut mendapat sokongan daripada beberapa penaja termasuk Al-Ikhsan, Standard Chartered, dan TNB.

Walaupun mendapat sambutan hangat daripada ahli kelab, namun majlis berkenaan terpaksa dihadkan kepada 100 orang sahaja sebagai pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) susulan pandemik COVID-19.

Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal

Liverpool menamatkan kemarau kejuaraan EPL selama 30 tahun musim ini dengan mengumpul 99 mata keseluruhan, hasil 32 kemenangan, tiga seri dan tiga kekalahan.

Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal Sebahagian ahli kelab penyokong Liverpool, Media Kopites Malaysia meraikan kejayaan The Reds. - NSTP/Mustapa Kamal