--> Skip to main content

Makin Ganas, Jumpa Kaabah Tapi Ulang Lagi! Ikuti Permintaan PU Amin Utk “Sedarkan” Sajat

Nama usahawan terkenal iaitu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kembali menjadi bualan peminat. Dia yang tak pernah sunyi dari kisah-kisah kontrversi kini tampil memuat naik gambar panas sekali gus menjadi bualan ramai.

Biar pun terdahulu figura ini pernah menjadi perhatian gara-gara berpakaian wanita di Tanah Suci, seolah-olah perkara tersebut langsung tidak menjadi titik tolak untuk mengubah penampilannya.

PU AMIN SEKALI LAGI AJAK MASYARAKAT MENENTANG KEMUNGKARAN

Mengesali tindakan Sajat, pendakwah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin menyeru agar masyarakat bersatu hati untuk memboikot usahawan terbabit. Perkara tersebut dinyatakan sendiri menerusi perkongsiannya di laman Instagram beberapa jam yang lalu.

Ini adalah bukan kali pertama PU Amin berbuat demikian. Jelas pendakwah tersebut, pendiriannya masih sama untuk mengelak dan tidak mahu kemungkaran bermaharajalela di khalayak umum.

Sumber Instagram

Biar pun usahanya baik, PU Amin mengakui pernah menerima ugutan di atas tindakan menegur secara terang-terangan. Namun, hal tersebut langsung tidak melemahkan semangat untuk dia tampil bersuara menegakkan yang hak.

LANGSUNG TAK TERJEJAS, ADA PULA YANG MENYOKONG SAJAT

Sajat seolah-olah tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Rentetan demi rentetan yang dia lakukan namun masih ramai yang menyokong dan memuji tindakannya biar pun secara jelas bertentangan dengan fitrah asal.

"Bangjat mengganas kembali. Sebenarnya aku malas dah nak buat benda sama, sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan." "Ingat lagi awal tahun dia pergi mekah, masa tengah saie dekat safa marwah aku nampak dia dengan kawan kawan dia dalam kawasan saie, dekat masjid quba di madinah aku nampak dia juga, pakai pakaian perempuan, aku doa agar Allah bagi hidayah. Aku report dekat pihak berkuasa, dia tetap sama dan kuat." "Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!" Sumber Instagram NETIZEN SAHUT CABARAN PU AMIN

Melihat reaksi orang ramai, rata-rata turut meluahkan rasa kesal hal yang dilakukan oleh usahawan tersebut. Malah mereka menyokong seruan yang dibangkitkan oleh PU Amin agar dapat memberi sedikit pengajaran dan kesedaran kepada Sajat dari dia terus alpa.

Sebagai keseluruhannya, seseorang wanita itu tidak akan mengaibkan diri sendiri di khalayak umum dengan keadaan sengaja. Sama-sama kita doakan agar Sajat kembali ke pangkal jalan.