--> Skip to main content

Konsert 4G’s…Black, Tomok, Hazama Dan Akim Dah Tak Sabar!

Black, Tomok, Hazama dan Akim sudah tidak sabar untuk bertemu peminat di Konsert 4G’s yang bakal diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17hb dan 18hb April lalu , telah ditunda kepada satu tarikh yang baru yang sedang di kenal pasti.

Ketua Eksekutif Belbis Sdn.Bhd. selaku syarikat penganjur dan penerbit Konsert 4G’s, Fandy Alias berkata biarpun Black, Tomok, Hazama dan Akim memiliki lagu popular masing- namun untuk 4G’s, mereka akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi.

“Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,” katanya.

Tambah Fandy lagi, susunan Muzik Konsert 4G’s ini akan di indahkan lagi oleh Pengarah Muzik hebat tanahair, Aubrey Suwito.

“Aubrey berpengalaman lebih 30 tahun dalam pengarahan muzik untuk konsert-konsert artis tersohor  tempatan dan antarabangsa seperti siri konsert Alahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Krisdayanti, Anugerah Juara Lagu , Anugerah AIM dan banyak lagi.“Beliau juga berpengalaman luas dalam persembahan luar negara bersama artis antarabangsa seperti David Foster,” ujarnya.

Berpengalaman menganjur dan menerbitkan beberapa konsert terdahulu seperti Concert Romansa Kris Dayanti, M. Nasir Sang Pencinta dan beberapa artis lain, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim sebagai 4G’s untuk dua malam persembahan akan menjanjikan konsert yang amat berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.

“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vokal serta identiti muzik tersendiri.Secara puratanya, gabungan empat penyanyi ini mempunyai lebih enam juta pengikut dalam laman sosial mereka.

"Dari angka tersebut, nampaknya mereka mendapat sokongan ramai peminat muzik tanah air dan pihak-pihak lain. 

“Penganjur juga sangat mengalu-alukan semua pihak-pihak terutama syarikat korporat dan lain-lain yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai penaja konsert dengan menghubungi kami,” tambahnya.Dalam pada itu Fandy turut memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket, ianya masih tetap sah dan boleh digunakan pada tarikh baharu yang akan di umumkan kelak.

Untuk pertanyaan dan sebarang informasi terkini peminat boleh menghubungi penganjur di aplikasi WhatsApp +6018 2488184  atau Email  ke [email protected] atau boleh juga masej terus ke Instagram @konsert4gs.

Artikel berkaitan