Skip to main content

Klinik Desa Batu 10 Lekir terbakar

SITIAWAN: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan mengawal api berjaya mengelak Klinik Desa Batu 10 Lekir, Sitiawan, Perak musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua BBP Sitiawan, Mohd Zaki Zainol, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.05 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula daripada bilik stor sebelum merebak ke beberapa ruang klinik termasuk bilik menyusu terbakar 30 peratus.

"Ketika kejadian klinik masih belum dibuka dan tiada pesakit, hanya ada beberapa kakitangan klinik.

"Bomba mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran dan tiada mangsa cedera. Klinik itu ditutup sementara. Bomba buat pemeriksaan di lokasi dan operasi ditamatkan jam 10.25 pagi," katanya.