--> Skip to main content

Khabib tolak McGregor, idam lawan Georges St-Pierre

LONDON: Khabib Nurmagomedov menolak Conor McGregor ketika dia berkata mahu menentang Georges St-Pierre pada April selepas bertemu Gaethje pada UFC 252.

Dana White mengesahkan Khabib akan bertarung dengan Gaethje pada Oktober.

Namun selepas Joe Rogan berkongsi keterujaan terhadap saingan itu, McGregor dan Khabib membalasnya dengan atlet Russia itu jelas menolak atlet dengan gelaran Notorious itu.

McGregor mengumumkan persaraan daripada UFC pada Jun tetapi bintang Ireland itu meneruskan latihan.

Awal pagi Rabu lalu Rogan berkongsi gambar promosi pertarungan Khabib melawan Gaethje.

Dia menulis: "Adalah mustahil buat saya tidak berasa teruja mengenai pertarungan ini.

"Kepulangan GOAT lightweight king, @khabib_nurmagomedov melawan pencabar paling bahaya @justin_gaethje.

"SAYA TAK SABAR MENANTI."

Jelas berang dengan pujian Rogan terhadap Khabib - yang menewaskan McGregor pada 2018 - Notorious membalas.

McGregor berkata: "Tenang bro saya masih mabuk."

Khabib membalas tanpa mempedulikan komen McGregor.

Bintang Russia itu menulis: "Oktober - Justin dan April - GSP." - Agensi