--> Skip to main content

Kementerian Pendidikan teliti tutup, teruskan persekolahan di Sabah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang meneliti sama ada akan membenarkan murid Tahun Satu, Dua dan Tiga mengikuti sesi pembelajaran di sekolah atau sebaliknya susulan berlaku kes positif COVID-19 membabitkan pelajar sekolah rendah di Sabah, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ibu bapa perlu menunggu keputusan kementerian yang akan dibuat dalam masa terdekat.

"Kementerian sedang meneliti dan mempertimbangkan keputusan mereka, kita tunggulah mungkin akan umumkan.

"Sama ada untuk membenarkan pelajar di sekolah rendah, Tahun Satu, Dua, Tiga dan sebagainya atau membenarkan pelajar yang menduduki peperiksaan saha," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) yang masuk hari ke-49, di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri itu, Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit berkenaan sudah diambil.

Katanya, semua kontak juga diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.