Skip to main content

Jangkitan COVID-19 di Peru melebihi 400,000

LIMA: Jangkitan COVID-19 di Peru melepasi angka 400,000 pada Rabu, selepas mencatatkan peningkatan harian tertinggi selama lebih enam minggu, menurut Kementerian Kesihatan.

Hampir 19,000 penduduk meninggal dunia akibat virus berkenaan di seluruh negara, dan Peru merekodkan bilangan kes lebih banyak berbanding kawasan lain di Amerika Latin, kecuali Brazil serta Mexico.

Terdapat 24 kematian baharu sejak 24 jam lalu dan 5,678 jangkitan pada tempoh sama, iaitu jumlah jangkitan harian tertinggi sejak 12 Jun.

Peru melonggarkan peraturan perintah berkurung sejak 1 Julai lalu di sebahagian besar negara, termasuk Lima. - AFP