--> Skip to main content

Hebat Di Padang, 5 Pemain Bola Sepak Ini Cengkam Hati Selebriti Wanita Popular

Hebat Di Padang, 5 Pemain Bola Sepak Ini Cengkam Hati Selebriti Wanita Popular Daripada aksi lincah di padang terus tertambat membawa terus ke hati.  Pemain bola sepak bercinta dan berkahwin dengan selebriti sudah menjadi satu trend, namun kalau dah ditetapkan jodoh apa salahnya.  Kali ini, Gempak senaraikan lima pasangan artis dan pemain bola sepak tempatan yang telah berkahwin dan sedang hangat bercinta. 1. Ayu Raudhah dan Zaquan Adha (Pemain Kedah)

 Adik kepada pelakon Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, 36, mengikat ikatan perkahwinan bersama pemain popular Zaquan Adha, 33, pada 21 Januari 2011.  Peyerang Kedah ini merupakan kembar kepada pemain JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak yang juga pernah berkahwin dengan pelakon Rita Rudaini pada tahun 2008 di Songkla, Thailand.  Pasangan Ayu dan Zaquan kini bahagia dengan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 7, Muhammad Aisy Aryann, 6, Laura Zuleykha, 3 dan Muhammad Aisy Al Khaliq, 1 tahun.  2. Eyra Hazali dan Haziq Nadzli (Penjaga gol JDT) 

Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, memilih penjaga gawang gol JDT, Haziq Nadzli, 22, sebagai suami.  Pasangan ini mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019. Terbaru, pasangan ini baru mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki apabila Eyra kini hamil tujuh bulan.  3. Mia Ahmad dan Ahmad Izham Tarmizi (Penjaga gol JDT) 

Pelakon Mia Ahmad turut memilih penjaga gol JDT, Ahmad Izham Tarmizi sebagai pasangan hidup selepas setahun berkenalan. Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 pada majlis serba putih yang diadakan di Villa Sentosa, Taiping, Perak. Walaupun rumah tangga mereka pernah dilanda kontroversi apabila Izham dituduh berlaku curang, pasangan ini baru sahaja dikurniakan anak kedua yang diberi nama Iris pada 18 Jun lalu.  Terdahulu Mia dan Idzham menerima kehadiran anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018. 4. Eyka Farhana dan Akhyar Rashid (Pemain JDT) 

Pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana, 25, mendedahkan hubungannya bersama pemain JDT, Akhyar Rashid apabila masing-masing mula berbalas pantun 'i love you'. Memetik laporan BH Online, Eyka menyifatkan Akhyar sebagai seorang lelaki yang kelakar, baik hati, mementingkan keluarga dan tidak menolak jika ada jodoh bersama. Disember lalu, pasangan ini mula mencetuskan tanda tanya wargamaya apabila berkongsi foto mesra ketika sedang bercuti di sebuah pulau.  5. Syifa Melvin dan Safawi Rashid (Pemain JDT) 

Hubungun Syifa Melvin atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, bersama pemain JDT, Safawi Rashid hangat diperkatakan sekitar awal tahun ini. Malah, selepas Safawi, 23, mempamer aksi kurang memberansangkan dalam tiga aksi bola sepak pada Mac lalu, pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor turut campur tangan.  Bagi Syifa, sebarang kontroversi tidak menjejaskan hubungannya bersama Safawi.  Dia turut menafikan hubungan dengan Safawi menjadi punca prestasi kurang memberangsangkan penyerang itu.