--> Skip to main content

Hanya Sempat Betahan 3 Tahun, Akhirnya Terlerai Kasih Model Nia Atasha Dan Qi Razali

Cinta itu mudah untuk dizahirkan. Namun ianya bukan mudah untuk dipertahankan. Lihat sahaja kehidupan realtiti orang bercinta, bermacam-macam dugaan terpaksa ditempuhi dan akhirnya berakhir dengan perpisahan dan bertukar dengan jodoh yang lain.

Disebabkan itu lah orang tua selalu memperingatkan kita agar jangan terlalu memberi sepenuh hati kepada orang lain. Malah ketika bercinta juga belajar untuk saling menerima kekurangan masing-masing.

NIA ATASHA SAH PUTUS CINTA DENGAN QI RAZALI

Dengan Bahasa mudah amalkan tolak ansur dalam setiap perbuatan. Bercerita soal cinta, model dan juga hos televisyen iaitu Nia Atasha Rosli mengakui bahawa hubungan cinta yang dibina selama 3 tahun bersama Qi Razali akhirnya terlerai di tengah jalan.

Difahamkan hubungan mereka berakhir sejak awal tahun yang lalu lagi. Walau bagaimanapun Nia memaklumkan yang dia dan Qi masih meneruskan hubungan sebagai rakan baik. Masing-masing menerima dengan baik keputusan untuk membawa haluan sendiri.

"Lagi pun saya dan Qi masih mengekalkan persahabatan kami sebagai rakan baik sehingga kini." Jelas Nia.

LEBIH BAIK BERSIKAP TERBUKA, TAK KISAH ORANG TANYA

Nia memberitahu yang dia lebih selesa untuk tidak menyembunyikan perkara ini kepada umum. Khususnya di media sosial. Malah dia akui tidak kisah jika ada pihak yang bertanyakan secara terbuka mengenai hubungan cintanya.

"Saya cuba untuk sentiasa bersikap tenang. Saya juga tak kisah jika ada yang bertanya kepada saya secara terbuka di media sosial kerana saya tak mahu sorokkan perkara ini." Tambah Nia lanjut.

PUNCA KERETAKAN MASIH MENJADI TANDA TANYA PEMINAT

Dalam pada itu, Nia tidak menjelaskan secara terperinci punca keretakan atau pun masalah yang membelengu mereka sehingga mengambil keputusan sedemikian. Dalam keadaan tiada angin, tiada rebut mucul berita putus cinta sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai.

Sudah pasti khabar ini menjadi persolan ramai peminat yang sekian lama inginkan mereka berakhir di jinjang pelamin. Apa kan daya, aturan Tuhan lebih berkuasa terhadap hambaNya. Kita doakan yang terbaik sahaja buat kedua mereka dalam mencari jodoh kelak.