--> Skip to main content

“Hanya 20 Peratus Sahaja Orang Yang Tak Menyukai Saya”

Keputusannya kembali berhijab semula sebelum Ramadan lalu mencetuskan reaksi positif daripada peminatnya. Rentetan itu, pelakon Fathia Latiff kini seakan lega dan mampu meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk berlakon semula.

fathia latiff syukur dapat berlakon semula

Menurut Fathia beliau langsung tidak berasa kekok untuk bekerjasama dengan kru produksi dan barisan pelakon drama Dayang Senandung biarpun hamper dua tahun tidak memasuki set penggambaran.

"Alhamdulillah selepas hampir dua tahun saya diberikan peluang dan rezeki untuk berlakon semula. Walaupun dah lama tak masuk set penggambaran tapi perasan kekok tak ada."

Meskipun begitu, beliau tetap tidak mahu memikirkan tanggapan buruk netizen memandangkan ramai lagi peminat yang masih menghargai dirinya. Bahkan, apa yang terjadi sebelum ini dianggap sekadar kisah silam dan mahu meneruskan kehidupan di masa hadapan.

fathia latiff syukur dapat berlakon semula

"Saya memang bersyukur dengan penerimaan yang sangat baik daripada peminat. Bagi saya mungkin hanya 20 peratus sahaja orang yang tak menyukai saya. Jadi buat apa fokus perkara yang negatif."

fathia latiff syukur dapat berlakon semula

Bercakap mengenai soal lain, Fathia berkata, beliau kini lebih fokus kepada perniagaan menjual tudung. Malah Fathia mendedahkan beliau juga tetap mahu meneruskan legasi keluarga yang sudah lama dalam dunia perniagaan.

Sumber: mStar

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.