Skip to main content

Galeri hari pertama persekolahan murid pra sekolah dibuka

Murid Pra Sekolah di SK Kebangsaan Serada menjalani pemeriksaan suhu pada hari pertama sesi persekolahan selepas hampir 3 bulan ditutup dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk mengelak Penularan COVID 19. - Foto Ghazali Kori

Guru KEMAS, Normawati Darhan, 57 memulakan sesi pembelajaran bersama murid dalam keadaan norma baharu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS Kg Bukit Durian, Melaka. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara mula kembali beroperasi pada hari ini. - Foto Iqmal Haq1im Rosman

Guru KEMAS, Normawati Darhan, 57 menjalankan pemeriksaan suhu terhadap murid, Haninia Nurdhuha Hairman, 6 sebelum memulakan sesi pembelajaran dalam keadaan norma baharu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS Kg Bukit Durian, Melaka. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara mula kembali beroperasi pada hari ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Gelagat murid pada hari pertama persekolahan murid pra sekolah di Tadika Perpaduan, Bandar Baru Sentul, selepas tiga bulan sesi persekolahan ditutup bagi mengelakkan penularan wabak Covid19. - Foto Mohd Shahril Badri Saali

Guru melakukan pemeriksaan kesihatan kepada murid yang baru tiba pada hari pertama persekolahan murid pra sekolah di Tadika Perpaduan, Bandar Baru Sentul, selepas tiga bulan sesi persekolahan ditutup bagi mengelakkan penularan wabak Covid19. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Guru memberikan penerangan kepada murid sebelum memulakan pembelajaran pada hari pertama persekolahan murid pra sekolah di Tadika Perpaduan, Bandar Baru Sentul, selepas tiga bulan sesi persekolahan ditutup bagi mengelakkan penularan wabak Covid19. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Ibu menghantar anak ke sekolah pada hari pertama persekolahan murid pra sekolah di SK USJ2,Subang Jaya selepas tiga bulan sekolah ditutup untuk mengelakkan penularan wabak Covid19. - Foto Aziah Azmee

Pengurus PASTI Almukmin Bandar Springhill, Abdul Fatah Zakaria memeriksa suhu pelajar bagi memulakan persekolahan selepas bercuti akibat pandemik Covid-19 di Bandar Springhill, Lukut, Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Guru PASTI Almukmin Bandar Springhill, Nur Azira zaini (kiri) mengambil suhu muridnya, Nur Izzara Amani Mohd Muslim, 6, yang memulakan persekolahan selepas bercuti akibat pandemik Covid-19 di Bandar Springhill, Lukut, Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria