Skip to main content

[FOTO] "Another Drama Queen" - Fasha Sandha Bakal Timang Baby Girl

[FOTO] Pelakon Fasha Sandha yang kini sedang sarat hamil mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

BACA: Lagi 7 Minggu Nak Bersalin, Fasha Sandha Tak Buat Persiapan Sambut Cahaya Mata Baru Tapi ... 

Menerusi majlis baby shower yang diadakan pada Khamis, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu teruja menantikan cahaya mata sulungnya bersama pelakon Aidil Aziz.

"Another drama queen," jerit Fasha menerusi sepotong video yang dirakamkan oleh usahawan kosmetik Rita Sosilawati.

Fasha turut mengemaskini akaun Instagramnya yang terkejut dengan perancangan dan sambutan majlis baby shower itu.

"Saya tak percaya kalian semua bersungguh-sungguh mengadakan majlis kejutan baby shower ini.

"Pastinya tak mudah dan saya sangat berterima kasih," katanya.

Majlis baby shower Fasha itu turut dihadiri keluarga dan sahabat karibnya. 

Fasha dalam pada itu baru pulang daripada percutian 'babymoon' bersama Aidil dan kedua-dua anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima di Langkawi.  Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.