Skip to main content

Fernandes bawa impak besar buat Man Utd

BRIGHTON, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer berkata Bruno Fernandes membawa mentaliti kemenangan ke Manchester United selepas dua jaringan pemain itu membantu kejayaan 3-0 di Brighton awal pagi tadi.

Dibantu kecemerlangan Fernandes, United menampilkan satu daripada persembahan terbaik mereka pada musim ini di Stadium Amex.

Mason Greenwood membuka jaringan awal pada babak pertama dan Fernandes menggandakan kelebihan itu sebelum rehat.

Fernandes meledak sekali lagi selepas rehat dengan voli menarik ketika United mendaki kedudukan di atas Wolves menerusi perbezaan gol ke tangga kelima Liga Perdana.

"Bruno datang dan mempamerkan persembahan menakjubkan. Dia membawa mentaliti kemenangan bersamanya, 99 peratus tidak cukup bagus. Ia mesti 100 peratus," kata Solskjaer.

"Saya mesti memiliki lebih daripada seorang yang boleh menukar permainan. Gol ketiha itu adalah gol menakjubkan sebagai sebuah pasukan. Untuk melihat ramai pemain berlari ke depan untuk mendapatkannya ialah sesuatu yang menakjubkan. Penyudah yang hebat oleh Bruno."

Skuad kendalian Solskjaer kini dua mata di belakang pasukan tangga keempat Chelsea, yang akan menentang West Ham awal pagi esok. - AFP

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford (kiri) membuat sepakan lencongan mengatasi pertahanan Brighton, Martin Montoya, awal pagi tadi. - Foto AFP Penyerang Manchester United, Marcus Rashford (kiri) membuat sepakan lencongan mengatasi pertahanan Brighton, Martin Montoya, awal pagi tadi. - Foto AFP