Skip to main content

Fatin Afeefa Dipuji Cantik Berhijab - “Saya Cuba Je”

Mya Amri
  • By Mya Amri
  • 10 Julai 2020. 1:48 PM
  • Hiburan Fatin Afeefa Fatin Afeefa Dipuji Cantik Berhijab - “Saya Cuba Je” Pelakon Fatin Afeefa mendapat perhatian peminat selepas berkongsi foto memakai hijab. Menerusi foto yang dimuat naik di Instagramnya hari ini merakamkan wajah Fatin yang kelihatan begitu cantik mengenakan hijab. View this post on Instagram

    ehh siapa ni tak kenal

    A post shared by A F E E F A 🌙 (@fatinafeefa) on Jul 9, 2020 at 6:53pm PDT

     Malah menerusi ruangan komen juga, peminat mula mendoakan Fatin bakal mengubah penampilannya suatu hari nanti. Tidak kurang juga ada yang mengusik Fatin kelihatan cantik umpama bidadari selain ada yang tertanya-tanya adakah pelakon cantik itu memberikan ‘hint’ untuk berhijab. Bagaimanapun menerusi ruangan komen, Fatin turut membalas komen-komen peminatnya. 

    Terdahulu, Fatin juga dikenali sebagai selebriti yang peramah dan sering membalas komen-komen peminat di Instagram.