Skip to main content

Dua menteri Kabinet Brazil positif COVID-19

BRASILIA: Dua anggota Kabinet Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengesahkan mereka dijangkiti COVID-19, semalam.

Menteri Pendidikan, Milton Ribeiro dan Menteri Kewarganegaraan, Onyx Lorenzoni mengumumkan bahawa ujian dilakukan menunjukkan positif dan memulakan rawatan dengan segera serta akan terus bekerja dari rumah.

Bolsonaro disahkan menghidap dijangkiti COVID-19 sejak 10 hari lalu, dan sudah pulih di kediaman rasminya di ibu kota Brasilia, tanpa komplikasi, menurut agensi berita Xinhua.

Lorenzoni dalam ciapan di Twitternya berkata, bahawa beliau berdepan gejala pertama pada Khamis lalu dan mula mengambil ubat pada Jumaat, pada hari yang sama dia mengambil ujian, termasuk azithromycin, invermectin dan chloroquine.

"Saya sudah merasai kesan positif (pulih)," katanya.

Setakat ini, hanya empat menteri Kabinet Brazil diuji positif.

Sementara itu, Menteri Api dan Tenaga, Bento Albuquerque dan Menteri Keselamatan Institusi, Jeneral Augusto Heleno yang sebelum ini positif COVID-19, sudah kembali pulih.

Brazil negara kedua di dunia terjejas teruk selepas Amerika Syarikat dengan kira-kira 1.2 juta kes dan 80,000 kematian. - AGENSI