Skip to main content

Doktor Layan Pesakit Macam Bapa Sendiri. Dia Suap Makanan Penuh Sabar Raih Pujian Ramai

Tanggapan negatlf terhadap hospital kerajaan yang selalu dibandingkan dengan kehebatan perkhidmatan di hospital swasta perlu diubah oleh segelintir masyarakat.

Ini kerana ramai menyifatkan perkhidmatan di hospital kerajaan mengambil masa yang lama sekali gus beranggapan sikap kakitangan seolah-olah acuh tak acuh terhadap pesaklt.

Terbaru, sebuah posting di laman Facebook yang kelihatan seorang doktor wanita sedang bertugas di Hospital Melaka mungkin sedikit sebanyak dapat menepis dkwaan tersebut.

Posting berkenaan dimuat naik seorang individu dikenali sebagai Anwar yang memaparkan Dr Lia melayan dengan menyuapkan makanan kepada pesakit wrga emas tanpa berasa kekok seperti bapa sendiri.

Dr Lia yang bertugas di wad D4 Ortopedlk sanggup berdiri untuk beberapa minit bagi menunggu pesakit untuk menikmati makanan yang disuap dengan penuh sabar.

" Siapa kata hospital kerajaan takde layanan VVIP? Just for your future reference kepada ejen insuran di luar sana. Tolong jangan lagi katakan layanan buruk diberi oleh hospital kerajaan. Bukan semua orang layak dan mampu membeli pakej medical card anda," tulis Anwar.

Kisah yang dikongsi semalam itu mendapat 191 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen dimana masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai perkara tersebut.

Posting Viral – Frontliner Contoh.Dr. Lia wad D4 Ortopedik Hospital Melaka melayan pesakit warga emas tanpa segan silu…

Posted by Anwar on Sunday, June 28, 2020

Beza cepat atau lambat tunggu

Besar pahala doktor

Korang belum nampak 'nurse' cuci2 dalam wad

Lagi bagus kalau ramai macam ni

POP HIBURAN MEDIA TERKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri