--> Skip to main content

Ditipu kekasih dari Paris

KEPALA BATAS: Seorang wanita 40 tahun rugi RM17,000 diperdaya teman lelaki yang kononnya berada di Paris selepas mengenalinya di laman Facebook awal Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa kemudiannya jatuh cinta terhadap lelaki berkenaan hingga tidak menyedari ia adalah penipuan sindiket Love Scam.

"Suspek bermain dengan kata-kata manis dan berjanji mengirimkan hadiah berupa mata wang asing, pakaian, barang kemas dan barangan kosmetik.

"Mangsa kemudian dihubungi sebuah syarikat kurier yang meminta caj penghantaran berjumlah RM17,000.

"Mangsa yang tidak berfikir panjang terus membuat empat transaksi ke dalam tiga akaun yang diberikan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa hanya sedar ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan sebelum tampil membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.