--> Skip to main content

COVID-19: Kluster Sentosa besar kemungkinan berkait aktiviti dalam komuniti

PUTRAJAYA: Siasatan awal mendapati besar kemungkinan punca penyebaran wabak COVID-19 dalam Kluster Sentosa di Sarawak adalah berkait dengan aktiviti dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata hingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti 31 individu yang kebanyakannya dalam kalangan petugas kesihatan.

Setakat ini, beliau berkata, seramai 1,026 individu sudah disaring, termasuk petugas kesihatan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan dan ahli keluarga.