--> Skip to main content

City beli Torres dari Valencia

MANCHESTER: Manchester City dikatakan sudah bersetuju dengan perjanjian bernilai £31.6 juta pound (RM173.99 juta) bagi mendapatkan pemain Valencia, Ferran Torres.

Perpindahan itu dikatakan selesai selepas Torres menandatangani perjanjian selama lima tahun.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu akan tiba di Etihad dengan yuran £20.8 juta pound (RM114.52 juta) selain tambahan £10.8 juta pound (RM59.46 juta).

Kelab La Liga itu menilai pemain itu sekitar £39 juta pound (RM214.73 juta) tetapi terdesak untuk mendapatkan wang tunai dan City mampu memberikannya.

Dia akan menampung kekurangan ditinggalkan pemain tengah, David Silva selepas sedekad mempamerkan kehebatannya di Liga Perdana.

Torres dikatakan juga selesa bermain di mana-mana sayap dan boleh dijadikan pengganti tetap Leroy Sane yang berhijrah ke Bayern Munich.