--> Skip to main content

Canggih! Pelajar Sekolah Ini Hanya Imbas Kod QR, Suhu Pula Direkod Secara Automatik Menggunakan...  

Canggih! Pelajar Sekolah Ini Hanya Imbas Kod QR, Suhu Pula Direkod Secara Automatik Menggunakan...   Biarpun sekolah telah kembali dibuka, namun disebabkan pandemik COVID-19 masih belum selesai, ia terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Setiap sekolah wajib untuk mengambil data kehadiran murid serta memeriksa suhu badan. Namun, bagi sebuah sekolah ini, kaedah mengimbas kod QR yang dibawa oleh setiap pelajar berjaya membuatkan ramai netizen kagum. Video yang memaparkan keadah canggih itu telah viral selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter semalam.

 Difahamkan, situasi tersebut berlaku di  Sekolah Taman Ria Jaya Sungai Petani Kedah. Menerusi video berkenaan, pelajar dilihat beratur sambil membawa kad QR lalu mengimbasnya. Suhu kemudian diambil oleh guru dan data tersebut kemudian terus disimpan di telefon pintar.

 Difahamkan fungsi tersebut menggunakan teknologi bluetooth, di mana pengimbas suhu akan menghantar data terus ke telefon pintar menerusi sambungan berkenaan. Keadah ini dilihat lebih efektif, cepat dan pada masa data juga dapat dikumpul secara teratur.