Skip to main content

Benzema semakin hampir bawa gelaran ke Madrid

MADRID: Eden Hazard dan Luis Suarez kedua-duanya berpotensi menjadi penentu pemburuan gelaran La Liga apabila musim bersambung sebelum ini tetapi tidak ramai melihat kepada Karim Benzema.

Lionel Messi dijangka akan kembali ke prestasi terbaik dan wujud rasa teruja berkaitan Gareth Bale apabila laporan dari Valdebebas mengatakan dia adalah pemain paling cergas Real Madrid ketika pasukan kembali daripada perintah berkurung.

Hazard dan Suarez kembali daripada kecederaan dan jika mereka berada di tahap terbaik, ia pastinya akan memberi keseimbangan.

Namun Benzema terlepas pandang, walaupun 19 gol dicipta dalam 36 sebelum tiga bulan bola sepak digantung, menjadikan dia antara penjaring terbanyak La Liga selain Messi.

Ketika Madrid kembali, dia memberi ruang untuk gol pembukaan Toni Kroos serta dua lagi gol.

Ketika berdepan Valencia, dia meledak dua gol dan gol kedua itu menerusi voli sensasi selepas mengatasi Hugo Guillamon.

Dan ia mungkin gol terbaik sepanjang musim dan ke-243 dijaringkannya buat Real Madrid, membawanya ke kedudukan kelima, di atas Ferenc Puskas dalam senarai sepanjang zaman kelab itu.

"Apabila dia menjaringkan gol seperti itu saya gembira kerana dia sedikit mendiamkan pengkritiknya," kata Zinedine Zidane.

Lima persembahan hebat daripada Benzema membantu Real daripada ketinggalan dua mata di belakang Barcelona kepada satu mata di depan dan satu perlawanan dalam tangan. - AFP

Luis Suarez (kiri) dan Eden Hazard berpotensi menjadi penentu pemburuan gelaran La Liga. - Foto AFP Luis Suarez (kiri) dan Eden Hazard berpotensi menjadi penentu pemburuan gelaran La Liga. - Foto AFP