Skip to main content

Belum Kahwin Dah “Duduk Sebumbung”! Ayda Jebat Perjelas Situasi Sebenar, Jawab Tom4han Netizen

Artis cantik kelahiran Akademi Fantasia iaitu Ayda Jebat antara pasangan yang mendapat perhatian berikutan dia antara selebriti yang melangsungkan majlis pertunangan secara atas talian.

Umum sudah pun maklum bahawa Ayda Jebat dan Nabil Mahir memilih tarikh pertunangan pada bulan lalu yang mana Negara kita sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebarang majlis keraian atau sosial dilarang sama sekali bagi mengelakkan penularan pandemik ketika itu. Masing-masing dilihat sama cantik sama padan apabila menggayakan baju sedondon berwarna putih dan diedit duduk bersebelahan.

TIMBUL KISAH AYDA DAN NABIL DUDUK SEBUMBUNG?

Dalam budaya Melayu sangat menekankan adat di mana tempoh bertunang, setiap pasangan perlu lebih berhati-hati. Bergelar darah manis sering sahaja berdepan dengan ujian yang langsung tidak sama sewaktu bercinta.

Dalam perkembangan terbaru, timbul pula 1su yang tidak sedap untuk didengar berkaitan Ayda dan Nabil. Ada pihak mend@kwa bahawa mereka berdua sudah tinggal sebumbung biar pun hubungan masih lagi belum halal.

PEMINAT BANDINGKAN ZAMAN PERTUNANGANNYA DENGAN AYDA JEBAT

Tampil individu yang membandingkan kehidupannya sewaktu bertunang dahulu dengan keadaan yang dilalui Ayda Jebat yang sering sahaja berjumpa Nabil.

"Bestnya. Belum kahwin boleh satu rumah even realiti ada ramai kat rumah. Ni berdua je dalam video. Dulu-dulu aku bertunang, jangan harap dapat jumpa macam ni selalu."

LEBIH BAIK BUAT URUSAN KERJA DI RUMAH, KEADAAN TAK MENGIZINKAN

Enggan menimbulkan salah faham, Ayda tampil menjawab komen berkenaan dan memaklumkan dengan keadaan semasa, sebagai seorang pelakon, dia perlu komited dengan kerja.

Jadi mereka mengambil jalan selamat dengan membuat penggambaran di rumah sahaja supaya dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini berlaku. Malah jelas Ayda lagi, jika berlakon di rumah mereka tidak perlu memakai penutup muka atau pun cecair pencuci tangan.

Konklusinya jangan lah cepat untuk peminat menjatuhkan apa-apa hukum selagi ianya tidak jelas. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini cepat mendirikan rumah tangga dan dipermudahkan urusan mereka kelak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Info Meecks