--> Skip to main content

Bantuan Bank Bersasar: Institusi kewangan tawar penjadualan ansuran sewa beli

KUALA LUMPUR: Bank akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian bagi pinjaman sewa beli yang tertakluk kepada Akta Sewa Beli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.

"Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini," katanya dalam Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.

Contohnya katanya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.

"Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa

individu berkenaan," katanya.