--> Skip to main content

Bank beri komitmen bantu semua peminjam, PKS

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bank memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu, pengusaha industri kecil sederhana (PKS), peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu bergantung kepada situasi peminjam antaranya bantuan membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.

"Selain itu, memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan atau memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

"Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli," katanya ketika mengumumkan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar, hari ini.