--> Skip to main content

"Ayah Tanya Mak Persediaan Kalau Nak Meninggal" - Memey Suhaiza Tersentuh Hati Dengar...

Pelakon Memey Suhaiza berkongsi momen yang cukup menyentuh hatinya awal pagi tadi ketika terdengar perbualan ibu dan bapa mentuanya. Menurut Memey, mentuanya itu berbicara soal kematian ketika dia bangun untuk menunaikan solat Subuh. "Situasi pagi ni. Bersiap sedia nak Subuh tadi terdengar ayah tanya mak persediaan kalau nak meninggal dunia. "Cukup buat hati ni tersentuh. Mak ambil satu artikel keratan akhbar 'Apabila Pesakit Nazak" dan mak bacakan 'taqlim' untuk ayah..Ya Allah, benar..mati itu pasti," coretnya menerusi satu entri di Instagram Dalam posting itu juga, Memey turut berkongsi rakaman video yang memaparkan ibu mentuanya membacakan artikel soal kematian.   Katanya, perbualan mentuanya itu secara tidak langsung menjadi peringatan buatnya untuk sentiasa ingat akan hal kematian. "Dalam Islam pun kita disuruh untuk selalu ingat tentang kematian supaya kita sentiasa beringat dan tak leka. "Buat persediaaan sebaik mungkin untuk bekalan di sana. Semoga mak dan ayah mentua saya sentiasa dalam lindungan Allah, dipanjang usia dan usia yang diberkati," kongsinya.

 Bahkan, di ruangan komen, rata-rata pengikut juga berasa tersentuh dengan perkongsian video Memey itu. "Salam Jumaat. Tersentuh hati dengar suami isteri ni bersembang ya.. Semoga mak ayah kita berada dalam lindungan Allah selalu," tulis salah seorang pengikut. Memey mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada 24 September 2011. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5, dan Mikayla Delisha Hakim, berusia setahun.