Skip to main content

Arab Saudi tahan 244 cuba masuk Mina tanpa kebenaran

MAKKAH: Pasukan keselamatan haji menahan 244 individu kelmarin kerana cuba memasuki kota suci Makkah dan Mina untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA), yang memetik sumber keselamatan, kawalan ketat terpaksa dilakukan bagi mengelak penularan wabak COVID-19 dalam kalangan jemaah

"Kota suci dikawal kita dan kami menasihatkan mereka yang tidak mempunyai permit supaya jangan cuba memasuki kawasan larangan ini," katanya.

Hanya kira-kira 10,000 jemaah berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini berikutan ancaman virus, berbanding lebih 2.5 juta jemaah tahun lalu.

Jun lalu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa jumlah jemaah terhad kepada mereka yang menetap di Arab Saudi saja. - AGENSI