--> Skip to main content

Angka kematian di Brazil melebihi 90,000

RIO DE JANEIRO: Brazil mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian setiap hari akibat COVID-19 sehingga keseluruhan angka kematian meningkat melebihi 90,000 orang.

Negara itu yang teruk dilanda COVID-19, dilaporkan mencatat sebanyak 69,074 kes baharu dan juga 1,595 kematian baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut Kementerian Kesihatannya, Brazil secara keseluruhan mencatat lebih daripada 2.5 juta kes dan 90,134 kematian.

Masalah teknikal mungkin menyumbang kepada angka harian yang tinggi.

Kementerian itu, pada Selasa lalu mengatakan bahawa masalah sistem pelaporan dalam taliannya menyebabkan angka dari Sao Paulo tertunda.- AFP