--> Skip to main content

Ahli Parlimen BN, PM adakan pertemuan tertutup

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen, di sini.

Difahamkan, pertemuan tertutup diketuai Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berlangsung selama sejam mulai jam 1 tengah hari tadi.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pertemuan itu membincangkan beberapa perkara berbangkit dan permasalahan berkaitan sidang Dewan Rakyat.

"Tiada perbincangan mengenai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan berkenaan. Ia (perbincangan) lebih kepada isu Parlimen (Dewan Rakyat).

"Ini adalah pertemuan biasa yang saya aturkan antara Ahli Parlimen BN bersama Muhyiddin, dari semasa ke semasa.

"Kita juga tidak membincangkan sesuatu perkara secara spesifik, selain pertemuan bersama Muhyiddin dilakukan secara berkala dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.