--> Skip to main content

Abby Abadi Dituduh Pilih Kasih, Kerap ‘Post’ Foto Anak Kedua Sahaja

Menjelaskan sebab mengapa dirinya sering memuat naik foto anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, di Instagram berbanding foto anak-anaknya yang lain selepas ada yang mendakwa dia bersikap pilih kasih, pelakon Abby Abadi tampil menjelaskan ia berikutan ulang tahun kelahiran Dania yang baru disambut pada hari Ahad lalu.

abby abadi pilih kasih

"Satunya dah ni kebetulan birthday Dania, jadi banyaklah gambar dia hehe. Pastu baby Danisha saya tu tak suka bergambar, taknak dia posing macam kakaknya ni. Karakter berbeza."

Pelakon drama Gerak Khas itu menjelaskan perkara berkenaan di laman Instagram miliknya selepas wujud segelintir pihak yang mempertikaikan tindakannya itu. Ujar Abby, dirinya hanya melayan kesemua anak-anaknya sama rata tanpa ada beza.

"Takdanya saya lebihkan Dania. Semua anak sama rata ja saya layan. Yang komen tu, cara dia macam tak puas hati ja, walhal dah 8888 kali saya cerita."

Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

View this post on Instagram

Cakkkk!! hehe 😍 . Mama punya Rempeyek AbbyJaiLicious pun dihidangkan semalam tau. Siapa yg hantar rezeki utk Majlis Dania semalam pun, Mama bg merasa rempeyek ni. Sedap ke idok? hehe . Cuma kerepek pishang je Mama tak hidangkan semalam sbb pisang susah dpt, jadi stok kerepek tak banyak. Kalau nk beli! hahahhaa 😂🤪😅 . Nak bgtaunya: Butik Online Mama @kernadia_byabbyabadi buka dari 10am hingga 6pm k. Nak order jubah dress. set dayana, tudung, rempeyek, kerepek apa sahaja yg Sy jual whatspp terus ke 0193595121 ye. Click terus no hp di bio IG Sy terus ke whatspp, takyah save no.. Dan Akan dijawab nanti. Sabar sikit sbb tukang jawabnya , Admin sorang tu je 🙏🏻 . Sahabat2 Sy pun yg sama2 berniaga Sy tag disini ye. Jenguk2 lah juga IG dorang. Masing2 gigih masukkan iklan hari2 tu 🥰 @jaiezzany cctv, rempeyek @ecahgojes mask extender, minyak wangi, kuih rose @azzaelite kaftan, baju batik @memeysuhaiza tudung bawal @normey.hq @normanhakim_786 @babybalmbam @danishhakimofficial tshirt islam superhero @puteh_amy amy choco jar @huraizah_jaja catering @adiempire88 mangga assamboik @zarinazainuddin_ pulut kuning @nz_nieza chocojar @sitinorwatihassan @salinasaibi_ korset @sheera_iskandar. tomasoap @iskandarskop kerepek bawang @rayban_smart_igshop 😎

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on Jul 5, 2020 at 7:58pm PDT

Bagaimapun, Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Sehingga kini, Abby dan suami sudah memiliki tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Sumber: Gempak

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.