--> Skip to main content

7 pemain Liverpool dijangka 'angkat kaki'

LONDON: Tidak lama selepas Liverpool merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), beberapa pemainnya sudah pun mengangkat kaki.

Dejan Lovren dan Adam Lallana menjadi dua pemain yang sah meninggalkan pasukan itu. Lovren akan menyertai Zenit St Petersburg manakala Lallana menyertai Brighton.

Beberapa lagi pemain The Reds dijangka mengikut jejak langkah dua pemain itu dan berikut adalah antara pemain yang mungkin meninggalkan pasukan itu pada musim hadapan.

1. Divock Origi

Pemain Belgium itu bukanlah pemain yang menyerlah buat Liverpool. Mungkin pasukan itu perlu membina tugu untuk pemain itu selepas beberapa kali menjadi wira buat mereka namun dengan usia 25 tahun dan corak permainan yang tidak sesuai dengan Liverpool, mungkin ini penghujungnya buat Origi.

2. Marko Grujic

Dipinjamkan untuk musim kedua di Hertha Berlin dan dengan khabar angin mengatakan seorang lagi pemain tengah dari Jerman akan datang ke Liverpool, mungkin ini berita buruk buat pemain Serbia itu. Jurgen Klopp memandang tinggi pemain itu namun dia dilihat bergelut untuk membarisi skuad Liverpool ketika ini.

Harry Wilson. - Foto Getty Image Harry Wilson. - Foto Getty Image

3. Harry Wilson

Disingkirkan bersama Bournemouth pada musim ini namun tidak dinafikan dia ada kualiti untuk beraksi di EPL. Namun kualiti untuk bersama Liverpool? Ketika kakitangan di Melwood lebih teruja dengan perkembangan Harvey Elliott, lebih baik sekiranya Wilson mencari peluang di tempat lain untuk meneruskan kariernya.

4. Loris Karius

Pemain Jerman ini sudah kembali daripada tempoh pinjaman dua tahun di Besiktas namun untuk melihat dia kembali dalam skuad Liverpool, ia mungkin tidak terjadi. Tempat penjaga gol kedua tampak bakal menjadi milik Adrian sekali gus menutup peluang buat Karius yang terpaksa mencari pasukan baharu.

Yasser Larouci. Yasser Larouci.

5. Yasser Larouci

Dia mungkin berpindah untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama terutama selepas Andy Robertson menjadi pilihan utama di bek kiri selain Neco Williams turut bersaing dengannya untuk posisi itu. Pemain Algeria itu dikaitkan dengan perpindahan ke Leeds dan Brentford.

6. Ben Woodburn

Pemain berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan ketika bersama Oxford United dan sukar untuk melihat dia terus masuk ke pasukan utama Liverpool daripada pasukan Liga Satu. Pemain Wales itu dijangka tidak akan bersama Liverpool musim depan dengan pinjaman sekali lagi akan menjadi pilihan untuknya.

Gambar fail, Xherdan Shaqiri meraikan kejayaan setelah menjaringkan gol untuk Liverpool sewaktu menentang Manchester United. - Foto AFP Gambar fail, Xherdan Shaqiri meraikan kejayaan setelah menjaringkan gol untuk Liverpool sewaktu menentang Manchester United. - Foto AFP

7. Xherdan Shaqiri

Shaqiri mungkin menjadi punca Jurgen Klopp tidak akan berbelanja pada musim panas ini. Namun jika dia meninggalkan Liverpool, mungkin Klopp akan mencari pengganti sekalipun mereka memiliki Elliot dan Rhian Brewster. Pelbagai siri kecederaan menyaksikan dia hanya beraksi tujuh kali dalam saingan EPL musim ini.

- AGENSI