Skip to main content

Wujudkah kluster gunting rambut? Ini lima tumpuan sidang media COVID-19

PUTRAJAYA : Persoalan tentang adakah wujud 'kluster gunting rambut' dibangkitkan dalam sidang media COVID-19 hari ini. Ia susulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada semalam (Jumaat, 12 Jun) mengesahkan telah menerima laporan seorang penggunting rambut warga Pakistan positif COVID-19. 

Ini lima tumpuan sidang media COVID-19:

1) 43 kes baharu dilaporkan hari ini iaitu lima kes import dan 38 kes penularan di dalam negara.

2) Lima kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

3) Bagi kes penularan dalam negara, 23 kes adalah bukan warganegara manakala 15 kes adalah di kalangan rakyat Malaysia.

4) Satu kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian melibatkan COVID-19 setakat ini ialah 120 kes.

5) Tiada 'kluster gunting rambut' diumumkan ketika ini memandangkan kes positif COVID-19 melibatkan tukang gunting warga asing pada Jumaat masih kekal satu kes.