Skip to main content

Tunggang basikal dalam kafe

Paparan sekumpulan penunggang basikal menaiki basikal dalam kafe. - Foto: Tribun News

JAWA - Sekumpulan penunggang basikal membawa masuk basikal ke sebuah kafe mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pelanggan di Semarang, Jawa Tengah.

Tidak sekadar membawa masuk, basikal itu juga ditunggang di dalam kafe yang penuh sesak, lapor Tribun News.

Kata pemilik kafe, Faiz Yazid Aulady, kejadian itu berlaku semalam.

"Penunggang basikal itu telah ditegur oleh pekerja kafe agar basikal diletakkan di luar.

"Walaupun mereka enggan mendengar namun akhirnya akur, kemudian meminta maaf, malah mendakwa tidak mengulangi perbuatan memalukan itu," katanya.

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan sekumpulan penunggang basikal memasuki kafe sambil membawa basikal mereka.

Video tersebut diperoleh dari kamera litar tertutup (CCTV) dikecam netizen kerana tidak mengutamakan kebersihan selain tidak sensitif dalam masyarakat.