Skip to main content

Tun Mahathir puji kejayaan kerajaan tangani COVID-19

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kejayaan kerajaan dalam membendung pandemik COVID-19 di Malaysia ketika ini.

Jelasnya, ia hasil kerjasama sektor kesihatan negara dalam memastikan lengkung COVID-19 dilandaikan.

"Sama ada kerajaan berjaya atau tidak dalam mengendalikan situasi semasa itu merisaukan kita.

"Tetapi kerajaan telah mengendalikan pandemik COVID-19 dengan bagus sekali kerana ia dilakukan tanpa melibatkan ahli politik," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya pada Jumaat. 

BACA: Tun Mahathir akui kerajaan berjaya tangani COVID-19 dengan baik