Skip to main content

Taman Tasik Titiwangsa dibuka semula, tetapi terhad

KUALA LUMPUR: Taman Tasik Titiwangsa, di ibu negara akan dibuka semula untuk kunjungan orang ramai, mulai Sabtu ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mengumumkan perkara itu menjelaskan waktu operasi taman riadah berkenaan bagaimanapun dihadkan, iaitu antara jam 7 pagi hingga jam 7 malam, setiap hari.

"Pembukaan taman ini terhad kepada aktiviti untuk senaman larian dan rekreasi sahaja.

"Aktiviti secara berkumpulan seperti berkelah, berhimpun untuk keraian dan sukan berpasukan adalah ditegah pada ketika ini.

"Begitu juga dengan kemudahan lain seperti taman permainan kanak-kanak, riadah air dan alat senam riang yang masih ditutup untuk kegunaan orang ramai sebagai langkah keselamatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.