Skip to main content

SPRM tahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan kes rasuah projek terowong.

Sumber SPRM berkata, suspek itu diberkas ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, dekat Georgetown, jam 2 petang, hari ini.

"SPRM menyiasat kes terowong itu selepas mendapat bukti baharu.

"Ramai saksi sudah dipanggil termasuk suspek dan EXCO Pulau Pinang selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk direkod percakapan," katanya pada BH, hari ini.

Difahamkan, suspek akan didakwa di mahkamah, esok.

Beberapa pegawai SPRM turut dipercayai sedang membuat pemeriksaan di kediaman suspek di Pulau Pinang.