Skip to main content

SPRM cari pegawai khas kepada bekas menteri

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang mengesan seorang pegawai kanan kepada bekas menteri bagi membantu siasatan kes yang dijalankan.

SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki yang dicari itu dikenali sebagai Mohd Saifullah Mohd [email protected] Hisham, 29, beralamat terakhir di KM 2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308, Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau emel ke [email protected].