Skip to main content

Sanchez kembali sertai United

LONDON: Alexis Sanchez akan kembali ke Manchester United minggu ini selepas gagal mencapai persetujuan untuk lanjutan tempoh pinjaman bersama Inter Milan.

Kelab Serie A mahu pemain Chile itu kekal di Itali dan menyelesaikan kempen yang dilanda pandemik COVID-19 dengan saingan musim ini masih berbaki 10 perlawanan.

Inter Milan masih beraksi dalam saingan Liga Europa yang dijangka dimulakan sebaik sahaja perlawanan liga berakhir.

Walaupun bergelut dengan masalah kecederaan dan hanya tiga kali berada dalam skuad utama untuk aksi liga, bos Inter, Beppe Marrotta mengesahkan kelab itu mahu mengekalkan Sanchez selain turut berusaha melanjutkan proses pinjaman Victor Moses dan Ivan Perisic.

Dia berkata kepada Sky Sports: "Ini adalah peraturan biasa yang hebat dan harus diselesaikan kerana kami masih berurusan dengan Chelsea dan Manchester United untuk berusaha melanjutkan tempoh pinjaman pemain mereka.

"Ini bukan perkara yang baik. Kami juga berurusan dengan Bayern Munich mengenai Ivan Perisic."

United dilaporkan tidak mahu Sanchez beraksi di Liga Europa bagi melemahkan lawan mereka.

Jika United terlepas kelompok empat teratas Liga Perdana, tapi menjuarai Liga Europa, ia boleh menjadi satu-satunya jalan untuk mereka menempah tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. - AGENSI