Skip to main content

Saints ikat Long hingga 2022

PENYERANG Southampton, Shane Long menandatangani kontrak baharu selama dua tahun untuk kekal di kelab itu sehingga penghujung musim 2021-22.

Pemain kebangsaan Republik Ireland yang berusia 33 tahun itu berpindah ke St Mary dari Hull City pada 2014.

Long meledak 35 gol buat Saints dan melakukan penampilan ke 200 pada Mac lalu.

"Saya suka cara kelab ini berurusan dan saya teruja mengenai apa yang akan kelab lakukan untuk beberapa tahun akan datang," kata Long.

"Saya melihat kelab ini semakin meningkat dalam liga, kembali kepada tempat di mana kami mahu, dan saya mahu menjadi sebahagian daripada itu. Saya sangat berbesar hati untuk melakukannya.

Pengurus pasukan, Ralph Hasenhuttl, yang juga menandatangani perjanjian baharu minggu ini, memberitahu : "Shane adalah pemain profesional yang luar biasa. Dia menjadi pemain penting bagi saya dan saya tahu juga bagi pengurus sebelum saya lagi.

"Dia telah menjaringkan beberapa gol penting untuk kami dan membantu menciptakan lebih banyak gol untuk rakan sepasukannya juga."