--> Skip to main content

RON97, RON95 naik 8 sen, diesel naik 10 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik lapan sen manakala diesel pula naik 10 sen bagi tempoh 13 hingga 19 Jun 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.86, RON95 (RM1.56) dan diesel RM1.73.

Kenaikan harga ini disebabkan peningkatan harga produk yang diproses seiring kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau impak perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjaga, demikian menurut kenyataan itu.