--> Skip to main content

PRK Chini: Di mana Pengerusi SPR?

PEKAN: Kebiasaannya setiap kali pilihan raya kecil (PRK) diadakan, Datuk Azhar Azizan Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat tinjauan perjalanan PRK termasuk ketika proses pengundian awal.

Namun, suasana berbeza ketika pengundian awal bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang diadakan di Balai Polis Chini dekat sini hari ini, apabila tiada kelibat Pengerusi SPR yang mesra media dan sentiasa bersedia menjawab apa juga soalan yang dikemukakan kepadanya.

Sejak pusat pengundian awal dibuka pada jam 8 pagi hingga proses pengundian awal berakhir 12 tengah hari, kelibat figura penting perjalanan pilihan raya negara itu langsung tidak kelihatan.

Kehadiran Azhar Azizan menjadi tumpuan media berikutan desas-desus bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencalonkan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Azhar Azizan dikatakan telah meletak jawatan sebagai Pengerusi SPR semalam. – BERNAMA