Skip to main content

Penggunting rambut positif COVID-19? Ini lima tumpuan sidang media COVID-19

PUTRAJAYA : Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini masih kekal dua digit. Bagaimanapun, satu kes kematian baharu dilaporkan.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan kes COVID-19 melibatkan seorang penggunting rambut. 

Berikut tumpuan sidang media COVID-19 hari ini:

1. 33 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,402 kes. 16 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 17 kes penularan di dalam negara.

2. 103 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah 7,168 kes.

3. Satu kes kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 119 kes.

4.  Kes kematian ke-119 merupakan perempuan warganegara Malaysia, 85 tahun. Beliau meninggal dunia di rumah pada 11 Jun 2020.

5. Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan menerima laporan kes COVID-19 melibatkan seorang penggunting rambut warganegara Pakistan yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di ibu negara. Justeru, KKM sedang melakukan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang berhubung dengan lelaki itu.