Skip to main content

Pengeluaran penuh KWSP pada umur 55 kekal

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

"KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut," menurut dana persaraan itu dalam kenyataan.

Katanya ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

"Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP," katanya. - Bernama